suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lahir Dalam Teksi, Ibu Namakan Anak Lelaki 'Uber'

Bayi yang dilahirkan di dalam sebuah teksi dinamakan sebagai Uber.

SEORANG wanita di New Delhi menamakan bayi lelakinya dengan nama Uber selepas anaknya itu dilahirkan di dalam sebuah teksi semasa dalam perjalanan ke hospital.

Wanita tersebut, Babli berkata dia menghubungi Uber, syarikat yang mengendalikan perkhidmatan teksi untuk membawanya ke hospital selepas gagal mendapatkan ambulans.

Katanya, dia berkongsi sebuah teksi bersama dua wanita lain.

Namun teksi tersebut terpaksa berhenti seketika bagi membolehkan dia melahirkan anaknya di dalam teksi berkenaan.

Pemandu teksi itu, Shahnawaz Khan berkata dia membantu proses kelahiran wanita tersebut.

"Saya dalam nada bergurau berkata, bilangan penumpang saya ramai. Semua orang tersenyum tetapi wanita tersebut menangis. Dia berada dalam kesakitan.

"Selepas proses kelahiran itu, saya menghidupkan enjin kereta dan bergegas ke hospital," kata Khan.

Uber, bersalin, New Delhi

Artikel Sebelum

Tiga Korban Pertama Taufan Melor

Artikel Lain