suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perancis Lancar Serangan Udara Di Kubu Kuat IS

PARIS: Pesawat pejuang Perancis membedil kubu kuat kumpulan Negara Islam (IS) di Raqa, Syria pada Ahad, kata kementerian pertahanan negara itu.

Bedilan yang bermotifkan dendam terhadap serangan IS di Paris, Sabtu lalu turut memusnahkan sebahagian besar kem latihan kumpulan pengganas itu.

Dalam serangan udara pertamanya ke atas IS, sebanyak 12 pesawat pejuang termasuk 10 jet pengebom melepaskan 20 bom di lokasi sasaran.

"Sasaran pertama memusnahkan pos pengawal yang digunakan Daesh (satu lagi akronomi Arab untuk IS), pusat latihan dan depot peluru dan senjata. Sasaran kedua dilepaskan ke kem latihan pengganas," menurut kenyataan kementerian itu.

Kesemua pesawat pejuang berlepas dari Jordan dan Emiriah Arab Bersatu dan dijalankan dengan kerjasama tentera Amerika.

Presiden Perancis, Francois Holland pada Sabtu menyalahkan kumpulan IS kerana melancarkan serangan keganasan di Paris, mengakibatkan sekurang-kurangnya 129 maut. - AFP
serangan udara, IS, Perancis, kubu kuat, Paris

Artikel Lain