suria

Nazarbayev Diberi Mandat Terajui Kazakhstan Lima Tahun Lagi

Nursultan Nazarbayev meraikan kejayaan mempertahankan kedudukannya bersama penyokong.

ASTANA: Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev yang memenangi pilihan raya penggal baharu akan dilantik semula menerajui pemerintahan negara Asia Tengah itu untuk tempoh lima tahun lagi.

Nazarbayev, 74, yang memerintah negara yang kaya dengan minyak itu sejak 1989, menang 97.7 peratus daripada undi.

Bilangan keluar mengundi ialah 95.22 peratus. Persaingan tiga penjuru itu menyaksikan Nazarbayev ditentang seorang pegawai Parti Komunis dan bekas gabenor wilayah, tanpa pemimpin pembangkang negara itu.

Nazarbayev sudah melakukan reformasi pasaran dan menarik pelaburan asing berjumlah AS$200 bilion serta menjadikan negara itu sebagai ekonomi kedua terbesar di bekas Kesatuan Soviet itu.

Nazarbayev, bekas ketua Parti Komunis, memenangi 96 peratus undi pada pilihan raya lalu pada April 2011.

Bercakap kepada penyokongnya sebaik menerima keputusan tidak rasmi mengenai kemenangannya, Nursultan berkata, pencapaian itu memberi mandat untuk meneruskan rancangan menjadikan Kazakhstan satu daripada 30 negara paling maju di dunia.

“Peratusan tinggi yang keluar mengundi menggambarkan perpaduan rakyat Kazakahstan yang menyokong program yang saya sudah rancang untuk mereka,” katanya.



Artikel Sebelum

Artikel Lain