suria

Lebih 50 Cedera Nahas Kereta Api Thai

Keadaan di lokasi dua buah kereta api bertembung di Thailand.

BANGKOK: Lebih daripada 50 orang cedera apabila dua kereta api bertembung di bahagian tengah Thailand, kata seorang pegawai kanan pada Jumaat.

Kemalangan itu berlaku pukul 10:15 malam pada Khamis di wilayah Ayutthaya apabila kereta api laju dari Bangkok ke Denchai menghentam bahagian belakang sebuah kereta api ekspres yang sedang bergerak.

"Daripada 52 yang cedera, enam orang berada di hospital, dua dalam keadaan kritikal," kata Thanongsak Kongprasert, seorang pegawai kanan Keretapi Thailand, kepada AFP.

Keadaan dua kereta api yang bertembung di Thailand.

Tambahnya, enam gerabak terbalik daripada landasannya.

Dua daripada mangsa adalah rakyat asing iaitu masing-masing dari Amerika dan Korea Selatan.

Mereka mengalami kecederaan dan kini berada di bawah pemantauan pihak hospital.

Kereta Api Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Letupan Tong Gas, 19 Cedera

Artikel Lain