suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Singapura Kecam 'Roti Lee Kuan Yew'

SINGAPURA: Sebuah rangkaian kedai membuat roti memohon maaf dan menarik balik penjualan roti bagi memperingati kematian mendiang Perdana Menteri pertama republik ini, Lee Kuan Yew.

Perkara itu dibuat selepas menerima kritikan daripada pengguna media sosial yang menyifatkan is sebagai tidak sensitif.

"Kami ingin menyampaikan permohonan maaf yang tidak terhingga berhubung roti #rememberingLKY yang diperkenalkan di cawangan-cawangan BreadTalk," kata syarikat itu di laman Facebook.

"Niat kami adalah untuk mencipta produk bagi memperingati mendiang Encik Lee Kuan Yew. Kehilangannya amat dirasai oleh kami semua di BreadTalk.

"Walau bagaimanapun, kita sedar bahawa cara ini adalah tidak sensitif berdasarkan konteks semasa," katanya lagi.

BreadTalk berkata pada awalnya mereka mensasarkan untuk menderma hasil jualan sebanyak S$30,000 (RM80,000) untuk Community Chest.

Kuan Yew, 91, terkenal sebagai pengasas Singapura moden, meninggal dunia Isnin lepas pada 3.18 pagi di Hospital Besar Singapura, setelah dimasukkan ke situ pada 5 Feb kerana menghidap radang paru-paru yang teruk.

Lee Kuan Yew, #rememberingLKY

Artikel Lain