suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Geledah Rumah Pembantu Juruterbang, Temui Petunjuk Baru

POLIS Jerman mendedahkan telah menemui 'petunjuk' atau bukti berharga selepas menggeledah rumah pembantu juruterbang Germanwings, Andreas Lubitz di Düsseldorf.

Menurut laporan, pendedahakan itu dibuat seorang pegawai polis kepada pemberita yang berada di luar rumah berkenaan ketika pemeriksaan dilakukan.

Lubitz, 28, didakwa bertanggungjawab dalam nahas pesawat Germanwings merempuh pergunungan Alps sehingga mengorbankan 150 penumpang dan anak kapal apabila bertindak mengunci dirinya di dalam kokpit.

Bagaimanapun polis mengesahkan bahawa mereka tidak menemui bukti seperti nota bunuh diri.

Polis Düsseldorf, Markus Niesczery berkata," kami cuba mencari sesuatu yang boleh menerangkan mengenai apakah punca Lubitz bertindak demikian.

"Kami telah menemui sesuatu yang akan dihantar untuk diuji.

"Kami tidak boleh memberitahunya ketika ini tetapi ia merupakan petunjuk kepada apa yang telah berlaku," jelasnya.

Germanwings, Jerman

Artikel Lain