suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilik Restoran Didakwa Sebabkan Kematian Pelanggan Akibat Alahan

PEMILIK sebuah restoran didakwa menyebabkan kematian seorang pelanggan yang mempunyai alahan kepada kacang tanah. 

Paul Wilson disahkan meninggal dunia akibat alahan teruk sehingga menyebabkan anaphylaxis selepas menikmati makanan yang dibeli daripada sebuah restoran makanan India di Easingwold, Utara Yorkshire, United Kingdom pada 30 Januari tahun lalu.

Pemilik restoran tersebut, Mohammed Khalique Zaman didakwa atas kesalahan melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kematian.

Khalique juga didakwa menyalahgunakan proses keadilan dan satu kesalahan pekerjaan dibawah Akta Imigresen, Perlindungan dan Kewarganegaraan 2006.

Wilson, seorang pengurus bar ditemui mati di kediamannya di Oak Tree Inn.
alahan, kacang tanah

Artikel Lain