suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluarga Mangsa Pesawat GermanWings Akan Dibawa Ke Lokasi Nahas

Keluarga mangsa pesawat malang GermanWings akan dibenarkan melawat lokasi nahas di Pergunungan Alps.

SERAMAI 150 ahli keluarga dan rakan mangsa pesawat malang GermanWings akan dibawa melawat lokasi nahas di kawasan pergunungan Alps pada Khamis.

Luftahansa dalam satu kenyataan berkata syarikat berkenaanakan menyediakan dua pesawat khas satu dari Barcelona manakala satu lagi dari Dusseldord ke Marseille.

Sebaik tiba di Marseille, kedua-dua kumpulan tersebut akan di bawa ke lokasi nahas menggunakan laluan darat. 

Ketua Pengarah Eksekutif GermanWings Thomas Winkelmaan berkata 72 penumpang yang terkorban merupakan warga German, termasuk 16 pelajar yang pulang daripada program pertukaran pelajar. 

Sementara 51 lagi warga Sepanyol dan tiga warga Britain.

Turut terkorban adalah penumpang daripada negara Australia, Argentina, Iran, Venezuela, Amerika Syarikat, Belanda, Colombia, Mexico, Jepun, Denmark dan Israel. -mirror.uk

Artikel Lain