suria

Kereta Api Rempuh Trak Pikap Di Thailand, Tujuh Maut

BANGKOK: Tujuh pekerja pembinaan maut dalam insiden pelanggaran antara kereta api dan sebuah trak pikap semasa hujan lebat di utara Thailand.

Seorang pegawai polis, Kumkaew Suyati berkata kereta api itu merempuh trak berkenaan di lintasan kerepa api di daerah Saraphi, wilayah Chiang Mai.

Beliau berkata hujan lebat menghalang pemandu trak daripada melihat kereta api yang datang dari arah depan ketika melintas landasan.

Tambah Kumkaew, lima lelaki dan dua wanita maut serta-merta dan seorang lagi lelaki cedera parah.

Beliau berkata kereta api Chiang Mai-Bangkok itu tidak mengalami kerosakan dan dapat meneruskan perjalanan.

Chiang Mai adalah bandar kedua terbesar di Thailand dan merupakan destinasi pelancongan yang popular.

Chiang Mai, Trak Pikap, Thailand

Artikel Sebelum

Letupan Tong Gas, 19 Cedera

Artikel Berikut

Artikel Lain