suria

Letupan Tong Gas, 19 Cedera

NEW YORK: Seramai 19 orang cedera selepas berlaku letupan yang menyebabkan kebakaran dan runtuhan di sebuah bangunan di tengah bandar raya ini pada Khamis.

Kejadian dilaporkan berpunca apabila tong gas di dalam bangunan tersebut meletup dan menyebabkan kebakaran.

Berikutan kejadian dramatik itu, orang ramai yang berada berhampiran lokasi kejadian termasuk di sebuah restoran makanan Jepun di tingkat bawah bangunan itu bertindak berlari menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, 19 daripada mereka dilapor mengalami kecederaan dan dirawat di hospital berdekatan.

Seramai 200 anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi nahas untuk memadam api daripada merebak dan merosakkan bangunan bersebelahan yang terdiri daripada kediaman.

Jumlah mangsa yang tercedera dijangka meningkat selepas pihak berkuasa berjaya memadam kebakaran dan melakukan pemeriksaan terperinci.



New York, Letupan Gas

Artikel Sebelum

Artikel Lain