suria

Empat Pejuang Taliban Digantung Orang Kampung

Penduduk kampung bertindak menggantung sampai mati empat anggota Taliban selepas militan itu melancarkan serangan.

KABUL: Penduduk kampung menggantung empat anggota Taliban selepas beratus-ratus militan tu melancarkan serangan ke kawasan Asam, kata pihak berkuasa pada Sabtu.


Timbalan Gabenor Ghazni , Mohammad Ali Ahmadi berkata, empat pejuang Taliban itu diikat dan digantung hingga mati pada sebatang pokok ketika tentera kerajaan bertindak balas dan mengekang kemaraan mereka.

“Sesetengah pejuang Taliban bersembunyi dan berlindung di rumah penduduk kampung.

“Mereka menjadikan orang awam sebagai perisai,” katanya.

Bagaimanapun, kata Mohammad Ali, empat daripada mereka ditangkap dan digantung sehingga mati.

Kejadian itu adalah antara tindak balas dibuat selepas ratusan militan menyerang petemparan awam  beberapa hari lalu yang menyebabkan kira-kira 100 anggota polis, tentera dan orang awam maut akibat pertempuran.

Dilaporkan 12 daripada mangsa dipancung oleh militan terbabit.

Pegawai Nato pula mengesyaki laporan berkenaan dilebih-lebihkan oleh pegawai kerajaan setempat untuk mendorong pihak berkuasa menghantar lebih ramai anggota keselamatan ke kawasan terpencil bagi melindungi mereka.

Sementara itu, Taliban mengeluarkan kenyataan menafikan anggotanya memancung mana-mana orang di Ajristan, tetapi mendakwa mereka semakin berjaya menguasai kawasan berkenaan.

“Musuh (tentera kerajaan dan Nato) mendakwa mereka menyekat kemaraan kami dari kedudukan asal di Ghazni tetapi semuanya adalah pembohongan,” kata kenyataan itu.

Taliban, Assam, gantung

Artikel Sebelum

Ebola Kali Ini Paling Dahsyat - WHO

Artikel Berikut

Artikel Lain