suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cerek Tersangkut Di Kepala Kanak-Kanak Berjaya Dikeluarkan

Cerek yang tersangkut di kepala kanak-kanak perempuan itu berjaya dikeluarkan.
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia satu tahun setengah di Chile berpantang maut sebelum ajal selepas anggota bomba berjaya mengeluarkan cerek yang tersangkut di kepalanya.

Kanak-kanak malang itu bermain dengan cerek tersebut sebelum memasukkannya ke dalam kepala ketika ibu mangsa bergegas menjawab panggilan telefon.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital di Santa Cruz di mana pasukan perubatan berusaha mengeluarkan cerek tersebut.

Lima anggota bomba dikerahkan ke hospital itu untuk memotong cerek tersebut.

Kanak-kanak perempuan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
cerek, kepala, Chile

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain