suria

Taufan Haiyan: New Zealand, Australia Salur Bantuan Segera RM1.55 Juta Kepada Filipina

WELLINGTON: New Zealand dan Australia pada Ahad menyalurkan bantuan segera sebanyak AS$490,000 (RM1.55 juta) kepada Filipina yang dilanda taufan terkuat di dunia sejak Jumaat.

Daripada jumlah itu, Willington menyumbangkan sebanyak AS$124,000 (RM394,196) manakala Canberra sebanyak AS$366,000 (RM1.16 juta).

Menteri Luar New Zealand, Murray McCully, berkata bantuan itu disalurkan ke Palang Merah bagi membantu organisasi berkenaan membekalkan rawatan kecemasan kepada mangsa Taufan Haiyan.

"New Zealand akan mempertimbangkan sokongan selanjutnya selepas jumlah kerosakan dinyatakan kelak,"

Rakan sejawatnya dari Australia, McCully Julie Bishop, berkata beliau sedih dengan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda penduduk di negara itu.

"Kami menyediakan bekalan kecemasan untuk tempat tinggal sementara mereka termasuk tikar, selimut, kelambu , bekas air dan kit kesihatan untuk keluarga yang terkesan akibat taufan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain