Pemberontak MNLF Serang Basilan - Dunia | mStar

Pemberontak MNLF Serang Basilan

ZAMBOANGA CITY: Pemberontak Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) pada Khamis, telah menyerang bandar Lamintan di pulau Basilan, selatan Filipina dalam usaha untuk mengalihkan perhatian tentera.

Pengarah pejabat polis wilayah Basilan Superintenden Kanan Mario Dapilloza dipetik oleh media Filipina sebagai berkata bahawa serangan itu berlaku pada kira-kira 8.50 pagi di Barangay Campo Uno.

Dapilloza berkata operasi memburu pemberontak sedang diteruskan.

Tiga ahli batalion 'Army's Scout Ranger' Filipina yang dikenal pasti sebagai Ruel Martinez, Wilvan Caro dan Ernesto Landagura cedera.

Naib Datuk Bandar Roderick Furigay berkata lima orang telah dilaporkan hilang selepas serangan di bandar utama.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain