Presiden Susilo Pemimpin Berhemah Tinggi - PM Singapura - Dunia | mStar

Presiden Susilo Pemimpin Berhemah Tinggi - PM Singapura

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyifatkan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sebagai pemimpin berhemah tinggi kerana kesediaannya memohon maaf kepada rakyat Singapura dan Malaysia berhubung keadaan berjerebu yang wujud sekarang.

"Kami menerima permohonan maaf beliau dengan sepenuh hati dan menyambut baik janjinya untuk menangani masalah serius ini, yang menyebabkan rakyat Singapura, Malaysia dan Indonesia menanggung derita."

Lee berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri sebagai respons terhadap kenyataan Susilo pada satu sidang akhbar di Jakarta, Isnin bagi memohon maaf kepada rakyat Singapura dan Malaysia berhubung jerebu yang mereka alami, di samping menyuarakan keazamannya untuk memadamkan kebakaran hutan.

Susilo berkata polis Indonesia akan menyiasat punca kebakaran akibat perbuatan manusia itu dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap mereka yang terlibat.

"Saya harap Indonesia juga akan mengambil tindakan pantas dan berterusan untuk memadam kebakaran hutan dan menghentikan amalan pembersihan kawasan tanah secara haram," kata Lee.

Beliau juga mengulangi tawaran Singapura untuk membantu Indonesia memadam kebakaran itu.

"Singapura sentiasa bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Indonesia, Malaysia dan negara lain bagi mengatasi masalah berkaitan jerebu yang melanda rantau ini.

"Kita perlu ambil langkah penyelesaian secara kekal untuk mengelak masalah ini daripada berulang setiap tahun," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Qatar Bakal Umum PM Baru

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain