suria

Laporan Siasatan Akan Dedahkan Hos TV Terkenal Britain Jimmy Savile Menganiayai Lebih 500 Kanak-Kanak

LONDON: Bekas pengacara terkenal BBC, mendiang Jimmy Savile telah didapati menganiayai lebih 500 kanak-kanak dalam tempoh 40 tahun termasuklah merogol lebih 30 orang kanak-kanak.

Salah seorang mangsanya berusia semuda 10 tahun.

Hasil laporan lengkap siasatan polis metropolitan London itu dijangka akan diumumkan lewat Jumaat.

Laporan 30 mukasurat itu antara lain menyebut bagaimana pengacara dan hos program popular dan terkenal BBC - Jim’ll Fix It - dan - Top Of The Pops - itu menganiayai mangsa-mangsanya ketika melawat penjara, hospital malah di tempat kerjanya sendiri iaitu BBC.

Laporan itu juga akan menyebut bahawa pihak penyiasat mempunyai bukti yang kukuh untuk merekodkan kenyataan daripada 200 mangsa gangguan seksual Savile, yang telah pun meninggal dunia pada tahun 2011 pada usia 84 tahun.

Laporan itu disiapkan oleh Detektif Superintendan David Gray.

Beliau dikatakan akan memasukkan kenyataan bagaimana perkhidmatan awam termasuklah pihak polis dan perkhidmatan kesihatan telah gagal memberi perlindungan kepada begitu ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa gangguan seksual Savile.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain