suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ANA Batal 787 Penerbangan Berikutan Masalah Teknikal

TOKYO: Syarikat penerbangan Jepun, All Nippon Airways (ANA) terpaksa membatalkan penerbangan domestik ke Tokyo pada Rabu selepas sistem komputernya mengesan terdapat masalah brek pada pesawat Boeing 787.

Jurucakap ANA, Etsuyu Uchiyama hari ini berkata, penumpang pesawat NH698 bagi penerbangan dari Yamaguchi, selatan Jepun ke Lapangan Terbang Haneda, Tokyo akan dipindahkan ke pesawat lain.

Beliau berkata, masalah sudah dikenal pasti dan pesawat itu kemudian berlepas pulang ke Tokyo.

Boeing 787 pernah terbabit dalam dua kemalangan di lapangan terbang Amerika Syarikat (AS) minggu ini yang sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap pesawat berkenaan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain