suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Apple Bakal Hasil iPhone Versi Murah

SAN FRANCISCO: Spekulasi syarikat elektronik gergasi Apple bakal menghasilkan iPhone versi murah untuk China mula tersebar di portal online pada Selasa.

DigiTimes.com memetik sumber yang enggan namanya didedahkan sebagai berkata, sebuah model iPhone yang lebih murah akan dipasarkan pada separuh kedua tahun ini.

Khabar angin itu kemudiannya disiarkan dalam Wall Street Journal.

Menurut Digitimes, telefon pintar yang jauh lebih murah itu dijangka mendapat sambutan menggalakkan di kalangan peminat jenama Apple.

Langkah itu dilihat sebagai perubahan dramatik Apple dalam menghasilkan produk bermutu yang dijual di pasaran.

Apple melihat potensi besar pasaran di China dan tampil dengan iPhone mampu milik yang bakal menyaingi telefon pintar lain yang menggunakan Google Android sebagai sistem operasi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain