suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cruise Masih Seronok Berlakon

SEOUL, Korea Selatan: Walaupun sudah menjangkau usia 50 tahun pada musim panas lalu dan menjadi bintang Hollywood selama 30 tahun, pelakon Tom Cruise memberitahu dia masih seronok berlakon filem.

Cruise berada di Seoul pada Khamis untuk mempromosikan filem 'Jack Reacher', diadaptasi dari novel terlaris mengenai seorang penyiasat bekas tentera yang penuh misteri.

Beliau dilihat muncul pada sidang media bersama pengarah Christopher McQuarrie dan pelakon gandingan, Rosamund Pike.

Pike yang menjadi gadis Bond iaitu Miranda Frost dalam filem 'Die Another Day' pada 2002 berkata, dia mempunyai keserasian apabila bergandingan bersama Cruise.

Ia merupakan kunjungan kelima Cruise ke Korea Selatan di mana 'Jack Reacher' akan disiarkan secara rasmi pada Khamis.

Pada Rabu, bekas suami pelakon Katie Holmes itu berada di Jepun untuk tayangan perdana filem tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain