suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Bom: 125 Terbunuh di Pakistan

Polis Pakistan dan orang awam berkumpul berhampiran dengan lokasi serangan bom yang mensasarkan tentera di barat daya bandar Quetta, Pakistan. Dalam letupan itu kira-kira 125 orang awam terbunuh.- Foto AP

QUETTA (Pakistan): Seramai 125 orang telah disahkan terkorban dalam dua serangan bom termasuk satu letupan di kelab snuker yang sarat dengan pengunjung yang mengorbankan 92 orang sekaligus di barat daya bandar Quetta, tengah malam dan awal pagi Jumaat.

Pegawai polis kanan negara itu, Mir Zubair Mehmood berkata, serangan pertama membabitkan pengebom nekad yang meletupkan dirinya di dalam sebuah kelab, sebelum di susuli serangan bom kereta di luar bangunan 10 minit kemudian.

"Dalam dua serangan itu, 92 terbunuh manakala lebih 120 mangsa lain cedera. Kedua-dua serangan itu disahkan adalah serangan bom nekad," katanya di sini, Jumaat.

Sebelum itu, serangan bom yang mensasarkan tentera di kawasan komersial Quetta mengakibatkan 12 terbunuh manakala 40 yang lain cedera.

Sementara itu, di sekitar Pakistan, serangan bom di masjid Sunni di bandar Mingora yang penuh dengan pengunjung mengakibatkan 22 terbunuh dan lebih 70 cedera. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain