suria

22 Maut Dalam Letupan Silinder Gas Di Pakistan

PESHAWAR: Satu silinder gas meletup pada perhimpunan agama di barat laut Pakistan, Lembah Swat pada Khamis menyebabkan 22 maut manakala lebih 80 orang lagi cedera parah, kata pegawai penyiasat Akhtar Hayat.

Letupan berlaku pada perhimpunan mingguan parti pendakwah di pinggir bandar Mingora, di sini.

Ia adalah letupan dahsyat yang berlaku di Lembah Swat sejak tentera Pakistan diisytiharkan kembali di bawah kawalan kerajaan pada Julai 2009 selepas dua tahun pemberontakan Taliban yang berpusat di wilayah berkenaan.

"Letupan berkenaan dipercayai angkara sabotaj," katanya.

Bagaimanapun, Hayat berkata pihaknya tidak mempunyai bukti yang jelas setakat ini dan satu siasatan.

"Siasatan sedang dijalankan dan kita akan ketahui kedudukan sebenar secepat mungkin," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain