suria

McAfee Dimasukkan Ke Hospital Setelah Dinafikan Suaka

John McAfee terbaring di dalam ambulans ketika dipindahkan dari pusat tahanan imigresen ke hospital, di Guatemala. -foto AP
John McAfee terbaring di dalam ambulans ketika dipindahkan dari pusat tahanan imigresen ke hospital, di Guatemala. -foto AP
John McAfee terbaring di dalam ambulans ketika dipindahkan dari pusat tahanan imigresen ke hospital, di Guatemala. -foto AP

GUATEMALA CITY: Pengasas syarikat perisian John McAfee dimasukkan ke hospital pada Khamis setelah dinafikan suaka politik di Guatemala, dan peguam beliau berkata mereka telah membuat satu usaha terakhir untuk menahannya daripada diterbangkan kembali ke Belize untuk disoal siasat tentang pembunuhan ekspatriat yang merupakan rakan senegara dari Amerika.

McAfee memberitahu 'The Associated Press' bahawa dia mengalami sakit dada semalaman tetapi tidak percaya bahawa dirinya mengalami serangan jantung.

Seorang doktor kerajaan yang memeriksa beliau bersetuju, mengatakan bahawa degupan jantung dan tekanan darah McAfee adalah normal dan keadaan itu berlaku kerana mengalami tekanan yang tinggi.

McAfee telah dipindahkan dari pusat imigresen ke hospital yang dikendalikan polis, petang Khamis selepas pihak berkuasa di Guatemala memberitahu permintaan McAfee untuk suaka telah dinafikan. Mereka bagaimanapun tidak menjelaskan sebabnya.

Beliau telah dikeluarkan dari hospital dan dibawa balik ke pusat tahanan, malam Khamis.

Sejurus selepas keputusan untuk menafikan suaka diumumkan, McAfee mengeluarkan rayuan di laman blog beliau meminta supaya orang ramai mengemukakan petisyen terhadap Presiden Guatemala Otto Perez Molina untuk membiarkan beliau terus tinggal di negara itu.

"Sila email Presiden Guatemala dan minta beliau membenarkan sistem mahkamah diteruskan, menentukan status saya di Guatemala, dan sila sokong suaka politik yang saya minta," kenyataan beliau dibaca.

Pasukan undang-undang McAfee berkata, mereka telah bersedia untuk merayu berhubung penafian suaka kepada mahkamah perlembagaan negara, satu proses yang boleh memberi McAfee kemungkinan berada satu atau dua hari di Guatemala. Mahkamah perlu mengeluarkan keputusan dalam tempoh 48 jam.

Aduan sakit dada oleh McAfee mendorong pihak berkuasa memindahkan beliau dari pusat imigresen di mana beliau telah ditahan semalaman.

Beliau yang sebelum ini diburu telah dibawa ke pusat tersebut selepas ditangkap kerana memasuki negara ini secara haram, aktif di blog dan sentiasa berhubung dengan media.

Dalam temu bual eksklusif dengan AP pagi Khamis dari dalam bilik peribadi di pusat itu, McAfee berkata beliau enggan pergi ke hospital kerana beliau telah menggunakan ubat herba Cina sejak mengalami serangan jantung pada tahun 1993.

Artikel Sebelum

Timor Leste Kekal Sertai Asean

Artikel Berikut

Artikel Lain