suria

Menteri-Menteri Kebudayaan ASEM Setuju Beri Tumpuan Khas Kepada Belia

YOGYAKARTA: Mesyuarat Menteri-Menteri Kebudayaan Asia-Eropah Kelima (ASEM) yang berakhir di sini hari ini bersetuju memberi tumpuan khas bagi memperkasakan kesedaran warisan di kalangan generasi muda.

Wakil Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Prof Wiendu Nuryanti berkata dalam dunia yang semakin saling kaitan, golongan belia berada di barisan hadapan dalam pertukaran kebudayaan global.

"Kita perlu menggalakkan generasi muda untuk memperingati asal usul dan identiti negara masing-masing. Pada pandangan kami, bandar raya warisan adalah antara penghubung bagi mencapai tugasan penting ini," katanya pada majlis penutupan mesyuarat tersebut.

Mesyuarat tiga hari bertemakan 'Pengurusan Bandar Raya Warisan Bagi Masa Depan Lestari' dihadiri oleh 120 perwakilan dari 35 negara di Asia dan Eropah.

Prof Wiendu berkata kesemua menteri pada mesyuarat itu sebulat suara bersetuju mempertingatkan lebih banyak interaksi pelbagai kebudayaan antara masyarakat Asia dan Eropah.

"Usaha ini memerlukan pelaksanaan program imaginatif dan kos efektif bagi mendalami dialog antara kebudayaan serta menguruskan bandar raya warisan terhadap cabaran sezaman, " katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

132 Banduan Lari dari Penjara Mexico

Artikel Lain