suria

Retakan Pada Pesawat Eagle Air Ditemui, Penerbangan Dibatal

WELLINGTON: Air New Zealand pada Selasa berkata, ia telah menundakan penerbangan serantaunya bagi 18 pesawat Beech 19000D selepas menemui retakan pada tiga pesawatnya.

Syarikat penerbangan itu berkata, retakan dijumpai di bahagian ekor di salah satu pesawat semasa rutin penyelenggaraannya, dan segera mengadakan pemeriksaan terhadap kesemua pesawat, di mana ia dikendalikan oleh penerbangan domestiknya, Eagle Air.

Ia berkata, pemeriksaan itu sudah pun dijalankan tetapi retakan yang sama dijumpai di lebih dua pesawat turbo dengan 19 tempat duduk, menyebabkan semua perkhidmatan Eagle Air dibatalkan manakala pesawat yang lain sedang diperiksa.

“Kami memohon maaf kepada pelanggan yang mengalami masalah yang tidak diingini kerana mahu membuat pemeriksaan penuh pada pesawat kami,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

“Bagaimanapun, keselamatan pelanggan, kakitan dan pesawat kami adalah penting dan tidak boleh dipertikaikan.”

Ia berkata, pesawat lain daripada Air New Zealand akan digunakan untuk penerbangan Eagle Air. - AFP

Artikel Lain