suria

Permohonan Henti Guna Kediaman Sebagai Pangkalan Peluru Berpandu Untuk Olimpik Ditolak

LONDON: Seorang hakim telah menolak permohonan penduduk di sebuah bangunan tinggi di London supaya menghentikan penggunaan kediaman mereka dijadikan sebagai pangkalan peluru berpandu semasa Sukan Olimpik.

Hakim, Charles Haddon-Cave pada Selasa berkata, Kementerian Pertahanan Britain bertindak dari segi undang-undang apabila ia memutuskan untuk meletakkan senjatanya di atas menara Fred Wigg.

Penduduk yang menetap di bangunan setinggi 17 tingkat itu terletak kira-kira tiga kilometer dari Taman Olimpik di timur London, mengatakan bahawa penempatan peluru berpandu berkenaan akan menjadikan kediaman mereka sebagai sasaran pengganas.

Bangunan tersebut merupakan salah satu tapak di mana tentera Britain merancang untuk menempatkan peluru berpandu sebagai sebahagian daripada keselamatan acara sukan yang berlangsung dari 27 Julai sehingga 12 Ogos. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain