suria

Soyuz TMA-04M Dilancar Ke Angkasa Lepas

BAIKONUR: Roket yang membawa kapsul angkasa lepas Russia, Soyuz TMA-04M ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dilancarkan dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan pada Selasa.

Soyuz TMA-04M dilaporkan membawa tiga angkasawan iaitu Gennady Padalka dan Sergei Revin dari Russia serta Joseph Acaba dari Amerika Syarikat (AS).

Ia dijangka tiba ke ISS dalam tempoh dua hari iaitu pada sebelah pagi Khamis ini.

Susulan pelancaran itu, Rusia adalah satu-satunya negara yang memiliki keupayaan membawa manusia ke ISS selepas AS mengumumkan pembubaran program seumpamanya, tahun lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain