suria

Sudan Isytihar Perang

BEIJING: Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir, menyatakan serangan oleh Sudan bersamaan dengan perisytiharan perang ke atas negaranya.

Kiir membuat kenyataan itu ketika petermuan dengan Presiden China, Hu Jintao, di Beijing. Beliau tiba di sini semalam untuk lawatan lima hari.

Pada Isnin, pesawat Sudan membedil sebuah pasar dan lapangan minyak di Sudan Selatan, menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh selepas tentera Sudan dilaporkan menyeberang masuk ke Sudan Selatan dengan kereta kebal. Presiden Sudan, Omar al-Bashir, berikrar akan meneruskan kempen ketenteraan sehingga semua tentera Sudan Selatan atau sekutunya dihalau dari wilayahnya. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain