suria

PM Greece Mahu Pilihan Raya Diadakan 6 Mei Depan

ATHENS: Perdana Menteri Greece, Lucas Papademos akan meminta Presiden, Carolos Papoulias untuk mengadakan pilihan raya pada 6 Mei depan.

Pilihan raya tersebut bakal mengakhiri mandat sementaranya untuk menyelamatkan krisis hutang negara itu, lapor media tempatan.

"Cabaran-cabaran ini merupakan isu nasional yang mesti dikendalikan oleh kerajaan baru.

"Saya cadangkan bahawa satu kertas cadangan dibuat kepada Presiden untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan untuk mengadakan pilihan raya pada 6 Mei," kata Papademos kepada Kabinet dalam satu siaran stesen televisyen tempatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain