suria

Republikan Dakwa Obama Gagal Wujudkan Pekerjaan Sebagaimana Yang Dijanjikan

WASHINGTON: Calon Parti Republikan untuk jawatan presiden Amerika, Mitt Romney mengkritik polisi ekonomi Presiden Barack Obama sebagai sesuatu yang gagal menjanjikan pekerjaan sebagaimana yang disebutnya ketika kempen presiden empat tahun lalu.

Kata Romney, Obama telah kekeringan alasan berhubung isu mencipta pekerjaan baru untuk rakyat Amerika.

Data terkini menunjukkan, pentadbiran Obama hanya berjaya menawarkan 120,000 pekerjaan baru berbanding 200,000 pekerjaan sebagaimana yang dijanjikannya ketika bertanding jawatan presiden empat tahun lalu.

"Berjuta rakyat Amerika telah membayar harga yang tinggi dengan memilih Obama sebagai presiden kerana polisi ekonominya ternyata telah gagal untuk mencipta pekerjaan baru untuk rakyat sebagaimana yang dijanjikan," ujarnya.

Obama yang mewakili Parti Demokrat akan mempertahankan jawatannya dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada 6 November depan manakala Parti Republikan masih meneruskan pilihan raya parti untuk mencari calon yang bakal mewakili parti itu.

Terdapat empat calon sahaja lagi yang masih meneruskan kempen termasuklah Romney yang kini mendahului senarai teratas.

Artikel Lain