suria

Guru Media Sosial AS Akan Beri Ucapan Pada Mesyuarat Blogger Di K.Lumpur

MELBOURNE: Pakar strategi digital terkemuka Amerika, Jay Byrne akan memberi ucapan kepada ahli perniagaan, kerajaan dan pemimpin profesional Malaysia mengenai media sosial dan komunikasi Internet di Persidangan Blogger dan Media Sosial Dunia 2012 di Kuala Lumpur Isnin ini.

Para peserta yang berusaha mendapatkan maklumat mengenai perkembangan pesat media sosial dan komunikasi internet, berpelung mendapat manfaat daripada ceramah Byrne, bekas pegawai tinggi dalam pentadbiran Presiden Bill Clinton.

Beliau akan bercakap mengenai strategi komunikasi digital pada persidangan yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, anjuran My Events International.

"Berhenti dahulu memikirkan mengenai teknologi. Ia bermula dengan tingkah laku manusia dan khususnya yang berkaitan dengan kepercayaan membentuk perubahan kepada tingkah laku," kata beliau kepada Bernama, Sabtu.

Byrne, yang kini bertindak sebagai ketua pegawai eksekuti v-Fluence Interactive berkata beliau menggunakan pendekatan kejuruteraan yang memberi tumpuan bagaimana jenis tertentu tingkah laku khusus mempunyai kaitan dengan penggunaan teknologi dan ia berkait pula kepada perubahaan semula dalam tindakan manusia. - BERNAMA

Artikel Lain