suria

Kesilapan Besar Jika Serang Iran: Rusia

MOSCOM: Rusia pada Isnin, memberi amaran bahawa sebarang serangan ketenteraan yang berkemungkinan terhadap Iran akan menjadi 'satu kesilapan yang amat besar'.

"Ia akan menjadi kesilapan yang amat besar yang penuh dengan akibat yang tidak dapat diramalkan," kata Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov.

Serangan tersebut juga dikatakan bakal membawa kepada konflik yang berlarutan dan akan menyebabkan korban orang awam.

Sergei membuat kenyataan tersebut selepas amaran yang dikeluarkan oleh Presiden Israel, Shimon Peres bahawa serangan tersebut berkemungkinan terjadi. -AFP

Artikel Lain