Rakyat Malaysia Dipenjara 10 tahun Godam Rizab Persekutuan AS - Dunia | mStar

Rakyat Malaysia Dipenjara 10 tahun Godam Rizab Persekutuan AS

WASHINGTON: Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) menjatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun ke atas seorang warga negara Malaysia, Lin Mun Poo, Jumaat (waktu tempatan), selepas didapati bersalah menggodam Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan beberapa bank lain.

Pihak berkuasa negara itu, berkata Lim mengaku bersalah menggodam bank pusat AS, beberapa institusi kewangan swasta lain, memiliki kad bank curi dan nombor kad kredit.

Dia juga mengaku menggodam pelayan (server) komputer Rizab Persekutuan dan memasukkan kod perisian yang memberikan ancaman di dalam sistem pelayan terbabit.

Menurut pendakwa raya, Lim memasuki AS Oktober tahun lalu dengan tujuan menjual kad kredit curi dan nombor kad bank, tetapi seorang daripada pembelinya adalah ejen penguatkuasa AS yang sedang melakukan penyamaran.

Ketika ditahan, dia memiliki lebih daripada 122,000 kad bank curi dan nombor kad kredit.

Sementara itu, Jabatan Kehakiman AS berkata, aktiviti jenayah siber Lim turut mengancam sektor keselamatan negara itu, termasuk menggodam sistem komputer kontraktor Pentagon yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan bagi pengangkutan ketenteraan dan operasi seumpamanya yang lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain