suria

Indonesia Di Kedudukan 124 Dalam Indeks Pembangunan Malaysia

JAKARTA: Indonesia berada pada kedudukan ke-124 dalam Indeks Pembangunan Manusia (HDI) daripada 187 negara, menurut Laporan Pembangunan Manusia 2011.

Pada kalangan 10 anggota Asean, republik itu mencatat kedudukan lebih baik berbanding Vietnam (128), Laos (138), Kemboja (139) dan Myanmar (149).

Mengepalai senarai negara Asean ialah Singapura (26), Brunei (33), Malaysia (61), Thailand (103) dan Filipina (112).

HDI mempertimbangkan aspek pembangunan ekonomi dan kualiti sumber manusia yang berkait secara langsung dengan kualiti pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Antara negara pengasas Asean yang juga dikenali Asean-5, Singapura mencatatkan pertumbuhan ekonomi terpantas bagi tempoh 1989 dan 2009 iaitu 6.73 peratus, diikuti Malaysia (6.15 peratus), Indonesia (5.16 peratus), Thailand (5.02 peratus) dan Filipina (3.79 peratus).

Tahun lepas Indonesia merupakan antara 10 negara yang mencatat pertumbuhan paling pesat bagi tempoh 20 tahun oleh survei HDI.

HDI Indonesia meningkat 54 peratus antara 1980 dan 2010 hasil pemanjangan jangka hayat daripada 54 kepada 71 tahun dan peningkatan 180 peratus dalam pendapatan per kapita kepada US$3,957. -BERNAMA

Artikel Lain