suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lynas Penuhi Semua Syarat: Moore

PERTH: Menteri Lombong dan Petroleum Australia Barat, Norman Moore, berkata kerajaan Australia tidak bimbang berhubung sebarang operasi Lynas Corporation Ltd kerana syarikat itu telah memenuhi semua syarat.

Menteri itu juga menyuarakan rasa gembiranya terhadap penglibatan syarikat itu dalam projek nadir bumi Mount Weld kerana ia memberikan peluang kepada Australia Barat untuk menjadi sebahagian daripada perniagaan nadir bumi dunia.

Moore, yang bertanggungjawab bagi memulakan rombakan tunggal terbesar sistem keselamatan dan kesihatan di tempat kerja industri perlombongan Australia Barat, juga memberi jaminan kepada warga Malaysia bahawa tahap radioaktif yang dikaitkan dengan produk dari Mount Weld amat rendah, dan tidak dianggap sebagai barangan berbahaya dari sudut peraturan pengangkutan.

"Jadi ia boleh diangkut dari Mount Weld ke Pelabuhan Fremantle dan dieksport (ke Malaysia) dari sana dan tidak memerlukan urusan kawal selia yang berkaitan dengan barangan berbahaya, memandangkan tahap radioaktifnya amat rendah. Jadi, ia memenuhi semua syarat," katanya kepada pemberita di pejabatnya.

Lynas sedang membina kilang pemprosesan nadir bumi berharga RM700 juta di Gebeng, Pahang, dengan menggunakan bahan mentah yang diperoleh dari lombong Mount Weld, untuk menghasilkan produk nadir bumi yang diperlukan bagi pembuatan peralatan berteknologi tinggi. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain