suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Baru Libya Akan Dibentuk Dalam 10 Hari

TRIPOLI: Sebuah kerajaan peralihan baru Libya akan dibentuk dalam masa 10 hari, demikian menurut Timbalan Ketua Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Ahad.

"Sebuah kerajaan baru akan dibentuk dalam masa seminggu hingga 10 hari," kata Mahmud Jibril.

Jibril bertindak sebagai "Perdana Menteri" dalam sayap politik NTC yang berjaya menumbangkan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

"Kerajaan baru ini akan disertai wakil-wakil dari wilayah-wilayah yang berbeza di Libya," kata Jibril.

Pasukan pemberontak masih "dalam proses membebaskan Libya, dan perjuangan revolusi masih dilakukan," katanya.

Beliau merujuk secara khusus kepada kawasan Bani Walid dan Sirte, di mana penyokong setia pemerintahan Gaddafi masih berkuasa.

Tambahnya, sebuah lagi kerajaan baru akan dibentuk apabila "Libya telah dibebaskan."

Jibril juga memuji aktiviti "pembebasan Tripoli tanpa berlakunya pertumpahan darah" pada bulan lepas.

"Kami menjangkakan pertumpahan darah akan berlaku tetapi ia dicegah oleh kematangan pejuang revolusi yang berjaya mengawal keadaan ibu negara," katanya. -AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain