Umat Islam Singapura Diingatkan Bersedia Hadapi Cabaran Ekonomi - Dunia | mStar

Umat Islam Singapura Diingatkan Bersedia Hadapi Cabaran Ekonomi

SINGAPURA: Umat Islam di negara ini yang meraikan Aidilfitri dengan penuh meriah hari ini diingatkan agar bersedia menghadapi sebarang cabaran pada masa depan.

Menteri Hal Ehwal Islam Dr Yaacob Ibrahim dalam perutusan Hari Rayanya berkata Aidilfitri kali ini tiba ketika suasana ekonomi Singapura masih baik berbanding negara lain.

"Namun suasana semakin suram dan masyarakat Islam Singapura harus bersedia. Pengalaman lepas mengajar kita agar menumpukan perhatian dalam tiga bidang iaitu pendidikan kanak-kanak, kebolehan diupah dan kewangan keluarga," kata Dr Yaacob yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian.

Katanya yang pertama, umat Islam harus memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang cukup demi masa depan yang gemilang.

"Pendidikan kunci kepada kejayaan komuniti kita dan kemakmuran berterusan negara. Kita mesti pastikan anak-anak kita dapat memenuhi potensi mereka," katanya.

Beliau juga mahu umat Islam republik itu memastikan kemahiran mereka sentiasa relevan dengan keadaan semasa, selain mengamalkan perbelanjaan berhemah agar keperluan jangka panjang anak-anak dalam pendidikan dan kesihatan keluarga dapat dipenuhi.

Dr Yaacob berkata kemakmuran yang dikecapi komuniti Islam Singapura sekarang adalah hasil usaha mereka sendiri.

"Semakin ramai keluarga Islam yang mengawal kehidupan mereka. Juga, selaras dengan semangat gotong-royong, keluarga dan individu yang berjaya turut membantu mereka yang memerlukan.

"Pertubuhan masyarakat juga saling bekerjasama untuk membantu mereka yang disasarkan. Dengan usaha kita semua, masyarakat kita bertambah teguh," katanya menambah semua itu adalah semangat Ramadan dan juga jati diri warga Singapura.

Dalam kenyataan berasingan, Perdana Menteri Lee Hsien Loong turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam republik itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain