suria

MacBook Air Generasi Baru Di Pasaran Hujung Jun Ini

TAIPEI: Model terbaru komputer riba teringan di dunia, MacBook Air dari Apple dijadualkan berada di pasaran pada hujung bulan Jun, lapor sebuah media Taiwan, Selasa.

Penghantaran pertama generasi MacBook Air yang merupakan komputer riba ternipis tanpa cakera keras dan pemain cakera itu akan dijual sebanyak 380,000 unit, demikian menurut akhbar Economic Daily News.

Model yang mempunyai ketebalan hanya 11.6 inci membentuk sebanyak 55 peratus dari jumlah keseluruhan uni yang bakal dijual manakala selebihnya adalah model berketebalan 13.3 inci, kata akhbar itu.

Menurutnya lagi, 90 peratus dari jumlah MacBook Airs akan dipasang oleh sebuah syarikat Taiwan iaitu Quanta Computer yang merupakan pengilang komputer utama. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Imam Ditembak Mati

Artikel Lain