suria

Kadar Pengangguran Singapura Catat Kadar Terendah

SINGAPURA: Kadar keseluruhan pengangguran di Singapura susut 1.9 peratus pada Mac 2011 berbanding pelarasan bermusim sebanyak 2.2 peratus pada Disember 2010, ketika ekonomi mencatat pertumbuhan yang sihat dan tidak ramai pekerja yang diberhentikan.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia, kadar pengangguran di kalangan penduduk tempatan juga susut 2.7 peratus pada tempoh yang sama berbanding 3.1 peratus pada suku sebelumnya.

Ia berkata kadar pengangguran di kalangan penduduk tempatan itu adalah yang paling rendah dalam tempoh tiga tahun. Kira-kira 54,300 penduduk menganggur pada Mac 2011 berbanding 57,000 sebelumnya.

Kementerian itu turut menjelaskan, berdasarkan permintaan kukuh untuk tenaga pekerja, nisbah tawaran pekerjaan kepada pencari kerja meningkat ke tahap prakemelesetan.

Pengwujudkan pekerjaan agak kukuh pada suku pertama 2011, meskipun berkurangan berbanding penawaran tinggi semasa pantulan awal berbanding kemelesetan pada 2009.

Jumlah pekerjaan meningkat sebanyak 28,300 pada suku pertama 2011, turun berbanding 33,900 pada suku keempat 2010, dipacu oleh pengambilan pekerja pada akhir tahun untuk musim perayaan.

Pertumbuhan itu rendah berbanding 36,500 pada suku pertama 2010, disomong oleh peningkatan pengambilan pekerja oleh resort bersepadu selain pemulihan pasaran pekerjaan daripada kemelesetan.

Ia berkata, sektor perkhidmatan mengambil paling ramai pekerja pada suku pertama 2011 (26,500).

Semua industri perkhidmatan menambah tenaga pekerja, diketuai perkhidmatan komuniti, sosial dan personal (9,000), perkhidmatan profesional (4,400) dan perdagangan borong dan runcit (3,400).

Pembinaan menambah 1,500 pekerja, merekodkan peningkatan suku kedua berturut-turut, disokong oleh peningkatan dalam aktiviti pembinaan sektor awam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Imam Ditembak Mati

Artikel Lain