suria

Pakistan Tahan Pemimpin Kanan al-Qaeda

KARACHI: Pihak berkuasa Pakistan menahan seorang anggota senior al-Qaeda dari Yemen di selatan bandar Karachi, kata pihak tentera pada Selasa.

Katanya, lelaki tersebut dikenali sebagai Muhammad Ali Qasim Yaqub atau Abu Sohaib al Makki dan dia dipercayai terlibat dengan kegiatan al-Qaeda di sepanjang sempadan Pakistan-Afghanistan.

“Penahanan al Makki merupakan sebahagian kejayaan bagi membongkar kegiatan al-Qaeda di negara ini,” kata pihak tentera. – Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Lain