suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abhisit Mahu Tentera Thailand Perkemas Kawalan Di Kem

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva pada Khamis, meminta pasukan tentera negara itu memperkemaskan aspek kawalan keselamatan di semua kem mereka di wilayah selatan berikutan serangan ke atas sebuah kem di Narathiwat semalam.

"Beberapa perubahan harus dilakukan. Pasukan tentera harus melihat mengapa begitu banyak senjata api boleh dicuri dari kem itu," katanya.

Empat anggota tentera terkorban dan enam cedera apabila sekumpulan militan bersenjata menyerang dan mencuri sejumlah senjata api di Kem Pasukan Petugas Tentera di Rangae, dalam satu kejadian kira-kira pukul 8 malam semalam.

Ditanya sama ada serangan terbaru itu akan menjejaskan keputusan kerajaan untuk menarik balik perintah darurat di wilayah selatan pada masa depan, Abhisit berkata ia tidak akan menjejaskan keputusan keseluruhan kerana perintah itu bergantung kepada situasi keselamatan di kawasan terbabit.

Akhir bulan lepas kerajaan Thai menarik balik perintah darurat di daerah Mae Lan di Pattani apabila keadaan kembali aman, iaitu yang pertama sejak perintah itu dilaksanakan di kawasan terbabit tujuh tahun lepas.

Pada Selasa lepas kerajaan melanjutkan tempoh perintah darurat selama tiga bulan lagi bagi wilayah Pattani (kecuali daerah Mae Lan), Yala dan Narathiwat.

Kira-kira 4,000 telah terkorban sejak kumpulan pemisah meneruskan semula usaha mereka untuk mendapatkan pemerintahan sendiri di tiga wilayah terbabit tujuh tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Lain