suria

New Zealand Luluskan Kerjasama Air NZ - Virgin Blue

MELBOURNE: Air New Zealand dan Virgin Blue memperoleh kelulusan daripada Menteri Pengangkutan New Zealand Steven Joyce untuk bekerjasama bagi laluan merentasi Laut Tasman, demikian lapor NZ Herald.

Keputusan itu dibuat susulan kelulusan diberikan oleh pengawal atur Australia bulan ini, selepas kedua-dua syarikat penerbangan itu memberikan jaminan pertumbuhan dalam kapasiti.

Kedua-dua syarikat penerbangan itu akan berkongsi kod di Tasman dan menghubungkan penerbangan domestik serta menawarkan perjanjian akses lounge. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain