suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letupan Di Varanasi: Seorang Maut, 20 Cedera

NEW DELHI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut sementara sekurang-kurangnya 20 orang termasuk warga asing cedera apabila satu letupan berlaku di tebing Sungai Ganges di Varanasi, menurut polis hari ini.

Ketua Polis Uttar Pradesh, Brij Lal memberitahu pemberita di tempat kejadian "beberapa orang tercedera dan dikejarkan ke hospital". Siasatan awal mendapati alat letupan yang diubah suai telah dimasukkan ke dalam bekas susu dan diletakkan di atas anak tangga yang menyebabkan letupan itu, menurut laporan media tempatan.

Letupan berlaku kira-kira 6.30 petang pada Selasa ketika ratusan penganut berhimpun utuk bersembahyang di sepanjang kuil Sheetla Ghat.

Polis belum mengesahkan pihak yang bertanggungjawab menyebabkan letupan itu yang turut mencetuskan rempuhan di kalangan orang ramai di situ.

Letupan itu merupakan yang kedua kali di bandar raya ini yang sebelum ini berlaku pada Mac 2006 juga pada hari Selasa di sekitar kuil tersebut di mana 28 orang terbunuh dan kira-kira 100 cedera dalam beberapa siri letupan. - BERNAMA

Artikel Lain