suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Swiss Post Tutup Akaun Pengasas WikiLeaks

GENEVA: Cabang perbankan The Swiss Post mengeluarkan kenyataan Isnin, bahawa ia telah menutup akaun pengasas WikiLeaks, Julian Assange selepas beliau memberikan maklumat palsu.

"PostFinance telah menghentikan hubungan perniagaan dengan pengasas WikiLeaks Julian Paul Assange," kata bank itu dalam satu kenyataan.

"Warganegara Australia itu memberikan maklumat palsu mengenai tempat tinggalnya sewaktu proses membuka akaun."

Assange memberikan alamat yang tidak diketahui di Geneva sebagai tempat tinggalnya, tambah kenyataan itu.

WikiLeaks mengiklankan maklumat akaun PostFinance secara online untuk 'sumbangan terus kepada Julian Assange dan Dana Perlindungan Kakitangan WikiLeaks' dengan memberikan nama akaun 'Assange Julian Paul, Geneve'. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain