suria

Wabak Taun Haiti Serang Kanak-Kanak

PORT-AU-PRINCE: Golongan kanak-kanak merupakan populasi paling terjejas di Haiti berikutan epidemik taun, lapor agensi berita Xinhua.

Plan International dalam satu kenyataan berkata, dianggarkan 14,400 daripada 24,000 pesakit taun di negara itu, atau enam daripada 10 pesakit, adalah golongan bawah umur.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berkata, wabak berkenaan menyerang kanak-kanak kerana sistem imunisasi mereka belum sempurna.

Wabak taun mengorbankan lebih 1,400 mangsa di Haiti sejak Oktober sementara 23,377 lagi dimasukkan ke hospital. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain