suria

Hidangan Malaysia di New Zealand Tarik Perhatian Ramai

AUCKLAND: Hidangan pengenalan Malaysia dengan ehsan Program Dapur Malaysia yang baru dilancarkan telah berjaya menarik ratusan penggemar makanan warga New Zealand beratur untuk mencuba makanan yang dihidangkan.

Festival "Taste of Auckland" ialah acara tahunan yang mengetengahkan restoran pilihan terbaik Auckland, setiap satunya menghidangkan masakan tersendiri.

Program Dapur Malaysia telah menjadikan festival itu acara pertamanya untuk menguji citarasa warga New Zealand dan sekali gus memperkenalkan makanan kegemaran Malaysia seperti sate, char kuey teow dan roti canai.

Pavilion Dapur Malaysia menampilkan lapan restoran terkemuka Malaysia iaitu Sri Puteri's, Santhiya's, Taste of Malaysia, My Stop Malaysian Cuisine, Sri Mahkota, Kampung Delights, KK Restaurant dan Angie's Kitchen.

Turut serta dalam demonstrasi memasak ialah kalangan VIP iaitu Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand Datuk Hasnuddin Hamzah, Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Sydney, Ong Yew Chee dan MasterChef Adam Liaw.

Program Dapur Malaysia ialah kempen sepanjang tahun untuk mempromosikan restoran dan kuisin Malaysia di negara-negara seperti Britain, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

Auckland sahaja mempunyai 23 restoran Malaysia dan Wellington 19.

Pead PR yang beribu pejabat di Auckland, telah dipertanggungjawab untuk membawa warisan dan kepelbagaian kuisin Malaysia yang kaya kepada penggemar makanan di Kiwi, daripada hidangan tradisi autentik hinggalah ke hidangan yang lebih kompleks.

Artikel Sebelum

Wabak Taun Haiti Serang Kanak-Kanak

Artikel Berikut

Letupan Gunung Berapi Anak Krakatau

Artikel Lain