suria

Pegawai Marin Korea Selatan Terbunuh Dalam Pertempuran Di Sempadan

SEOUL: Stesen televisyen Korea Selatan melaporkan bahawa seorang pegawai marin negara itu terbunuh dalam satu pertempuran ekoran pertikaian terhadap sempadan barat negara itu.

Jurucakap negara itu mendakwa askar Korea Utara melepaskan puluhan tembakan meriam pada Selasa berhampiran pulau yang dihuni oleh penduduk Korea Selatan.

Bedilan meriam berkenaan telah menyebabkan askar Korea Selatan membuat serangan balas dengan menghantar jet pejuang tentera ke negara berkenaan.

Pertempuran itu berlaku selepas Korea Utara mendakwa mereka mempunyai kemudahan pengayaan uranium baru.

Ia juga berlaku selepas sebulan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il memperkenalkan putera bongsunya Kim Jong Un sebagai bakal penggantinya. -AFP

Artikel Lain