suria

HOTEL BARU UAE BAKAL WUJUD 120,000 PEKERJAAN

DUBAI: Adalah dianggarkan 120,000 pekerjaan baru akan diwujudkan dalam sektor hospitaliti Emiriyah Arab Bersatu menjelang 2011, demikian menurut sumber industri.

Angka berkenaan mencerminkan keperluan tenaga kerja oleh industri dengan 244 hotel yang mempunyai 55,000 bilik dalam perancangan.

"Purata pekerja yang diperlukan industri untuk menjalankan sebuah hotel adalah pelbagai daripada kurang daripada satu hingga lebih tiga pekerja setiap bilik hotel.

"Oleh itu, dengan 244 hotel dijangka siap, 120,000 mungkin anggaran yang konservatif," kata Frederique Maurell, Pengarah Pameran Hotel 2011 yang dijadual berlangsung pada 17-19 Mei, 2011 di Pusat Dagangan Dunia Dubai.

Acara berkenaan dipecahkan kepada empat sektor iaitu rekabentuk dan dalaman, keselamatan dan teknologi, pengalaman resort, serta peralatan operasi dan bekalan, demikian menurut kenyataan daripada penganjur.

Pameran Hotel 2011 juga akan menampilkan tokoh industri untuk persidangan Tujuh Bintang, serta perbincangan mengenai trend kesihatan dan kecantikan pada Sidang Kemuncak Spa Timur Tengah.

Artikel Sebelum

Wabak Taun Haiti Serang Kanak-Kanak

Artikel Berikut

Letupan Gunung Berapi Anak Krakatau

Artikel Lain