suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Thailand Lulus Rizab Beras Kecemasan Asean+3

BANGKOK: Kerajaan Thailand pada mesyuarat Kabinetnya hari ini meluluskan secara dasarnya Rizab Beras Kecemasan Asean+3 (APTERR) dengan simpanan berjumlah 15,000 tan.

Timbalan jurucakap kerajaan Watchara Kannika berkata 15,000 tan beras yang disimpan di bawah Rizab Keselamatan Makanan Asean itu juga akan dijadikan rizab peruntukan APTERR.

Mesyuarat Kabinet hari ini juga meluluskan bajet tahunan 970,000 baht (kira-kira RM97,000) untuk Dana APTERR bagi tempoh lima tahun akan datang, katanya.

Perjanjian APTERR dijangka ditandatangani pada mesyuarat para menteri Asean+3 mengenai pertanian dan perhutanan di Phnom Penh, Kemboja akhir bulan ini.

Keselamatan makanan merupakan antara isu penting dalam kalangan negara anggota Asean dan rakan dialognya. Thailand adalah pengeluar beras nombor satu dunia.

Asean+3 terdiri daripada 10 negara anggota Asean – Brunei, Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura, Filipina, Kemboja, Myanmar, Laos dan Vietnam, manakala tiga rakan dialognya ialah China, Jepun dan Korea Selatan. - BERNAMA

Artikel Lain