suria

Obama Perlu Lancar Lebih Banyak Rancangan Untuk Rangsang Ekonomi AS

KUALA LUMPUR: Presiden Barack Obama perlu melaksanakan lebih banyak tindakan tegas bagi merangsang kedudukan ekonomi Amerika Syarikat (US), kata seorang pakar sains hari ini.

Prof Dr David Plokte dari New School, New York, berkata memandangkan ekonomi semasa masih dalam peringkat pemulihan ekoran krisis ekonomi global, kerajaan US perlu meningkatkan usaha untuk mengukuhkan lagi pemulihan itu.

Ia juga bertujuan memulihkan semula sokongan ke atasnya yang semakin menurun di kalangan rakyat Amerika, khususnya di kalangan Parti Demokrat sendiri, katanya.

"Pada pendapat saya, beliau perlu melakukannya (melaksanakan lebih banyak rancangan untuk meransgang ekonomi).

"Namun, bagi melaksanakan rangsangan baharu, beliau perlu mendapatkan wang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk "Referendum kepada Obama: Pemilihan Pertengahan Penggal US 2 November". di Institute Kajian Strategi dan Antarabangsa (ISIS), di sini Khamis.

Plotke berkata dari masa wang itu diperoleh, sama ada menerusi cukai atau pinjaman, merupakan satu lagi isu penting yang perlu ditangani oleh kepimpinan dengan berhati-hati.

Beliau berkata ia juga adalah selari dengan pandangan bahawa ekonomi dan politik merupakan isu utama yang dihadapi oleh Presiden pada pemilihan pertengahan penggal, yang jatuh pada 2 November.

Beliau juga berpendapat Parti Demokrat yang mencatat kejayaan besar semasa Pemilihan Presiden 2008, dijangka kurang menyerlah pada pemilihan pertengahan penggal ini, yang merupakan penggal referendum ke atas kepimpinan dan populariti Presiden.

"Dan ini memerlukan Obama supaya lebih berhati-hati dengan dasar reformasinya dalam tempoh dua tahun yang akan datang," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain