suria

Rampasan Heroin Terbesar Di Singapura Sejak 2008

SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura menahan tiga warga tempatan dan merampas 4.68kg heroin bernilai S$702,000 (RM1.67 juta) dalam satu operasi di sini, Khamis.

Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam kenyataan hari ini berkata rampasan dadah jenis heroin tersebut adalah terbesar di negara republik itu sejak 2008.

CNB berkata pegawainya menahan tiga lelaki termasuk seorang yang dipercayai ketua sindiket dadah tempatan itu dalam operasi di kawasan Commonwealth Close di sini.

Dadah tersebut ditemui dari sebuah kereta sewa dan juga dalam beg pakaian di sebuah rumah pangsa milik ketua sindiket itu.

Pihak CNB juga menemui peralatan dadah termasuk alat timbang, alat mengisap dadah dan beg uncang plastik kosong dalam rumah tersebut.

Kesemua suspek akan disiasat kerana mengedar dadah, kata CNB. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain